ZURAINI KAMARUDDIN - 10/16/2009  Tempoh hari ain ada membeli play tent ni untuk anak-anak..suka sangat dengan play tent, mana taknya ianya boleh dikendalikan dengan mudah....pastu boleh alih-alihkan sebab tak berat, Anak lelaki saya kata bestlah mama khemah ni senang jer nak bukak....mula2 saya ingat play tent ni kecik rupa-rupanya besar jugak boleh muatkan 3 beradik tu...kakak, angah dan abang..nasib baik baby tak boleh nak join lagik.....kalau tidak boleh masukkan jugak...
walaubagaimana pun, memang berbaloilah membeli play tent....senang nak dikendalikan...tak rugi membeli...anak-anak pun happy dapat bermain dengan play tent ni... |
ROZITA ABDUL RAHMAN - 09/28/2009  excited sangat nak cerita kebaikan play tent ni...se excited si hakimi bila dapat play tent ni sebelum raya hari tu...
bila ambik je bungkusan daripada skynet dia dah tak sabar nak bukak..puas pujuk nak bagi sampai rumah...
bila dah sampai rumah terus bukak, senang betul macam nak bukak payung je...part yg paling best sebab senang nak simpan...tak lah menyemak kat rumah kami yang kecik ni..
hakimi punya excited sampai bawak semua permainan dan bantal dia sekali masuk dalam tu...haha..siap baring sambil tengok tv lagi..sampai siap balik kg beraya pun nak bawak balik sama..
memula berangan nak beli ni pun disebabkan permainan yang selalu bersepah dalam rumah...sekarang tak lagi sebab semua dah boleh sumbat dalam play tent ni...memang belian yang berbaloi-baloi... |
Syareena Nanwi - 06/04/2009  Received this yesterday (3.6.09). My kids were really excited (even mak diorang pun sama :) ). It's really easy to assemble (tak payah assemble apa2 pun. Macam bukak payung je). It's quite big boleh masuk 4 kids inside. On all 4 sides, ada netting that people can see thru. Senang nak monitor budak2 tu buat apa kat dalam. Dah habis main, tutup mcm tutup payung jugak and masukkan dalam the bag provided. Very portable. Senang sgt. Okaylah for usage yang tak heavy kot (setakat bawak ke pantai okay kot, tapi kena tindan dgn batu lah dalam tu. Terbang pulak khemah ni nanti).
Good service from Zanna. TQ! |
| Click to view All Reviews |