pish pish - 08/12/2009  Saya membeli produk ini sebagai hadiah untuk rakan yang baru melahirkan anak. Pertama kali tengok terus berkenan sebab beg ni nampak cute dengan ilustrasi yang comel dan corak yang menarik warnanya. Warnanya tidak terlalu terang, ianya kelihatan menenangkan.
Namun, sebab paling penting saya memilih produk ini ialah kerana ia mempunyai 'mat' sebagai kemudahan bagi ibu untuk menukar lampin bayi. Pengalaman saya dulu, apabila 'travel' terpaksa bawa 'mat' yang berasingan.
Selalunya pasti terlupa. Jadi, produk beg ini beserta 'mat' pasti dapat mengatasi masalah ketiadaan tempat yang sesuai untuk menukar lampin bayi. Disamping itu, beg ini juga mengandungi banyak bahagian. Jadi mudah mengasingkan pelbagai jenis barang bayi.
Tidak perlulah lagi mengeluarkan semua isi kandungan beg untuk mencari hanya satu benda. Maklumbalas daripada rakan saya, dia amat menyukai beg ini kerana mempunyai
'mat' dan banyak ruang untuk mengasingkan barang-barang bayi. Beliau telahpun melayari leanalittleshop.com |
| Click to view All Reviews |